Thursday 31 January 2013

DOKUMEN VISA UMRAH

Dokumen-dokumen untuk Visa Umrah yang perlu diserah 45 HARI SEBELUM tarikh berlepas adalah seperti berikut :


  • Passport Antarabangsa yang mempunyai tempoh sah laku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 muka surat kosong.
  • Salinan kad pengenalan
  • Buku suntikan Anti Meningococcal Vaccine (ACYW - 135)
  • Empat keping gambar berwarna (Visa Umrah) mengikut syarat-syarat berikut :
    • Latar belakang berwarna putih
    • Saiz gambar berukuran 6 cm x 4 cm
    • Saiz wajah berukuran 4cm x 3 cm
    • Tidak memakai songkok atau kopiah bagi lelaki
    • Bertudung gelap bagi wanita
  • Sijil nikah bagi wanita yang pergi bersama suami
  • Sijil kelahiran bagi anak perempuan yang pergi bersama bapa / ibu

  • Syarat-syarat tambahan :
    • Anak-anak : salinan sijil kelahiran
    • Jika pergi berkumpulan, PEREMPUAN sahaja
      • Umur 45 tahun ke atas :
        • Salinan kad pengenalan suami dan surat nikah ATAU
        • Salinan kad pengenalan dan surat kelahiran anak lelaki
      • Umur 45 tahun ke bawah :
        • Bawa Mahram Bersama (i.e. suami, bapa, adik-beradik lelaki berumur 18 tahun ke atas, bapa saudara)

No comments:

Post a Comment